Followers

Wednesday, 26 October 2011

Imbuhan Ke- !

Assalamualaikum. Salam sejahtera!
Sedar tak sedar dah berzaman aku x update blog ni!
Sarang tikus, sarang labah2, sarang dinosaur semua ada dalam blog aku ni!
Ehee! :P

Memandangkan skrg tgh holiday uolssss, maka aku dengan riang gumbiranya terlompat sana sini hip hip hooray meng-update blog aku ni!
Sebenarnya dalam entry aku kali ni, aku juz nak sembang pasal apa yg berlaku dalam hidup aku sampai xdek masa nak update blog sendiri uolsss!
Semuanya bermula dengan imbuhan Ke-! Hah! :P

KE-SIBUK-AN
Aku sibuk, bertambah sibuk, semakin sibuk, tersibuk sekali!
Hahahaha!
Sibuk di sini bukan bermaksud sibuk nak jaga tepi kain orang okay! Tepi kain sendiri pun aku xpernah nak jaga xkan la aku nak jaga tepi kain orang kan? *ok aku dah start merepek*
Aku sekarang sibuk uolsss menguruskan my new babies!
Nama baby2 aku seperti TORT, FAMILY LAW, LEGAL METHODS, CONTRACT LAW dan LAW & SOCIETY!
Nama baby2 aku mmg sangat sedap didengar dan disebut! Kalau difikir plak boleh dpt migraine! *ok aku merepek lagi* :P
Kerja2 tutorial yg byk ditambah dgn jadual yg padat betul2 buat aku sibuk mengalahkan ADUN Kampung Pisang. Sebab tu lah blog aku ni terabai. :P

KE-PENAT-AN
Penat! Mesti korang ingat aku penat sbb banyak bersukan kan?
Choiii! Muka aku nak bersukan? Hahaha! Memang tak la!
Aku penat sebab banyak benda yang aku kena buat dalam satu2 masa tertentu!
Especially penat nak menjawab soalan tutorial! Bhahaha! :P

KE-MALAS-AN
Bila dah sibuk dan penat, mula la rasa malas!
Malas ni ubat dia tidur je!
Sebab tu kalau aku nak tidur aku akan baca buku law, konfirm aku akan tidur nyenyak secara automatik!
Sampai blog pun aku dah x heran bila aku dah tidur! Hahaha!

KE-GEMBIRA-AN
Sungguhpun begitu (hehehe skema rasanya guna penanda wacana) aku juga gembira sebenarnya menjalani kehidupan aku skrg ni!
Walaupun sibuk dengan lecture dan tutorial yg sgt memeningkan kepala, aku bersyukur sebab adanya keluarga yg sentiasa menyokong, kawan2 yang sentiasa ceriakan hidup aku!
Tambah pulak ada kwn2 yang hot2 & comel2 belaka! Tergoda uolsss! :P
Kehidupan kat kolej pun sangat best. Aktiviti2 kolej sedikit sebanyak buat aku lupa akan masalah berkaitan pelajaran. Love itttt! :)

KE-RISAU-AN 
Part ni memang aku benci!
Skrg ni cuti. Lepas habis cuti deepavali ni, berduyun2 la datang test dan quiz dgn carry marks!
Aku risau ni! Risau kalau2 aku xdapat nak jawab ke, xdapat nak score ke!
Carry marks sgt penting! Kalau aku xdapat score carry marks tu, miscarriage la aku nampak gayanya! Hahaha! :P
Lepas tu ada masalah lagi besar yg aku asyik risaukan!
Aku risau kalau2 aku xdpt survive law school. Sebab aku mengaku kat sini mmg sgt2 susah dan xsama dengan style masa form 6 dulu! Sampai aku tercirit2 nak cuba fahamkan apa yg aku belajar! Ehee! :P
Hurmm.. Risaulah! :(

KE-HIDUP-AN
Dan sesungguhnya, memang inilah realitinya kehidupan seorang manusia yang bergelar pelajar.
Sentiasa sibuk. Walaupun penat tp tak pernah dapat rehat secukupnya. Sentiasa diuji dengan rasa malas. Namun terselit juga detik2 penuh kegembiraan yg xmungkin aku lupakan. Risau. Hah! Mungkin inilah masalah terbesar aku! Paranoid. Tapi inilah kehidupan yang aku pilih. Kehidupan sebagai pelajar di UM Law School. Cabarannya terlalu menggunung ditambah dengan harapan yg disandarkan ke atas bahu aku, semuanya cukup merisaukan aku. Tapi ya, itulah kehidupan. Mana ada kehidupan yang jalannya lurus. Jadi aku perlu belajar drift supaya xdek la terlajak time nak belok kanss? :P

Dan yang akhir sekali,
Imbuhan Ke- penuh kenikmatan!

KE-KENTUT-AN
Untunglaaaaa kentut keluar api!
Hahahaha! 
:P


P/S : Nampak sangat otak aku dah berkarat. Merepek je lebih. :P


Komen Banyak2 Kalau Korang Cantik/Handsome! Hehe! ;D

Friday, 16 September 2011

Minggu Haluan Siswa UM 2011/2012!



Assalamualaikum! Salam sejahtera!
UM is ONE!
Hehehe!
Perghh terlebih sudah semangat aku! 
Yelah dah dua minggu lebih aku tak update blog aku ni!
Banyak benda yg aku nak ceritakan kat dalam entry ni!

Well, seperti semua sedia maklum 4hb September yg lepas aku mula mendaftar masuk di UM.
Lepas 9 bulan jadi ikan pekasam kat rumah finally aku bergelar pelajar sekali lagi.
Cuma bezanya kali ni aku bergelar mahasiswa!
Pagi ahad tu sebenarnya aku berat sgt nak tinggalkan family.
Sebab ni memang first time aku duduk jauh2 drpd family aku.
Tapi disebabkan dah memang kena daftar masuk hari tu jadi aku pergi la jugak dgn mama dan abang aku!
Masa mula2 sampai UM, aku xsenang duduk. Mcm lemah semangat pun ada!
Huhuhu...

- 4 September 2011 -
Kedatangan semua pelajar baru pada hari tu disambut baik oleh PM di kolej kediaman masing2. FYI, PM tu bukan Perdana Menteri okay tp Pembantu Mahasiswa! PM-PM ni kiranya senior2 yg bertugas menguruskan pelajar baru sepanjang Minggu Haluan Siswa!
So bila sampai je di kolej aku iaitu Kolej Kediaman Pertama (tapi aku prefer panggil ASTAR), aku pun melapor diri. Proses melapor diri xdek la lama sgt. Serah borang itu, isi borang ini, kutip cenderahati, dapatkan kunci bilik then siap! Yay! Effective uolssss! Hahaha!
So skrg cuma tinggal nak ke bilik utk susun brg2 yg aku bawak!
Nasib baik la bilik aku kat Blok D tingkat 1. Kalau dapat yg tingkat atas sikit mau tak 7 purnama aku pengsan sebab nak angkut beg besar bawak naik!
Hehehe!

Hari first tu aku mmg moody. Sebab terpaksa berpisah dgn family! T_T
Dan pada hari pertama tu pun slot2 awal kebanyakannya kena isi borang2.
Termasuk la taklimat cara2 mengisi borang dgn betul.
Then ice-breaking.
Petang tu ada aktiviti pemilihan utk pelajar2 yang bakal mewakili KK1 dalam pertandingan sukan dan kesenian.
Dan aku of course la terpilih utk kesenian.
Untuk pertandingan nyanyian lagu raya pulak tu! Kata retis! :P
So petang tu kitorang yg trpilih mewakili ASTAR mulakan sesi audition! :)
Latihan nyanyian lagu UM dan lagu Kolej Pertama pun dilakukan ptg tu kalau x silap aku.

Sebelah malam pulak, kitorang diperkenalkan dengan barisan pentadbiran ASTAR melalui sesi taklimat Pengetua. Pengetua ASTAR pada pandangan aku mesti baik sebab cara dia bercakap pun lembut je! :)
Selesai je sesi taklimat Pengetua, kitorang diperkenalkan dengan beberapa orang PM.
Then, sesi yang aku tunggu2 sejak sebelum masuk UM lagi. Sesi cheers! First session training cheers tak la begitu bersemangat sebab semuanya pun blur2 lagi. Tapi yang pasti, PM-PM punya demo cheers mmg dahsyat la! Goosebumps tgk diorang buat cheers! Sangat bersemangat!
First day di UM : Aku kepenatan! :)

- 5 September 2011 -
Hari kedua di UM. Rindu kat rumah. Huhuhu.
Tapi disebabkan jadual yg padat, so memang terlupa seketika rasa homesick tu.
Bermula dgn solat subuh berjemaah dan tazkirah subuh, then kami semua melakukan senaman pagi bersama2!
Activiti pagi tu, Majlis Penyerahan Dokumen untuk tujuan pendaftaran kemasukan.
Then diadakan LDK1 yg bertujuan untuk berkenal-kenalan dgn anggota kumpulan aku iaitu Kumpulan 10.
Dan yg paling x boleh aku nak percaya      Aku dilantik sbg ketua kumpulan. Gila la! Hahaha! :P
Masa LDK1 tu kitorang berkenalan dan main bbrp game. Masa ni semua pun malu2 so kitorang cuba yg terbaik untuk have fun!
Pukul 2 pulak kena ke fakulti. Ada taklimat untuk pengajian.
Balik drpd fakulti, bersiap2 then ada training nyanyian! Kena la mula training sebab competition 7 Sept! So masa yg ada untuk training mmg x banyak.
Sebelah malamnya pulak ada LDK2 pulak!
Then sesi pengenalan PM-PM ASTAR yg berwibawa! :D
Latihan cheers dan lagu tema (lagu Satu Harapan - Jac pulak tu )diteruskan sampailah tidur.
Second day di UM : Penat tapi aku start sukakan UM dan ASTAR. :)

- 6 September 2011 -
Hari ketiga. Tidur xpernah cukup woooo!
Bangun pagi2 pun mamai mcm org xbetul!
Hari ni kami semua berkumpul di DTC utk Perasmian MHS. DTC best uolsss! Sejuk gila! :P
Speech by Vice Canselor sgt best! He is so friendly! Terbaik! :D
Petang pulak ke fakulti lagi. Then balik utk aktiviti sukan di ASTAR.
Tapi muka aku nak bersukan? Hahaha! So aku ambik masa sukan ni utk practice nyanyi lagu raya!
Sebab mentor aku, abg Hairul Azwan (tp uolsss panggil dia Yan je tau) suruh kami berempat yg terlibat dlm pertandingan nyanyian utk practice! Aku ok je as long as xyah bersukan! haha! :P
Malam plak, semua kena pergi DTC again sebab ada program tapi disebabkan PM2 yg in charge utk kesenian tersangatlah ohsemm maka semua peserta2 kesenian dikecualikan utk membuat latihan! Yay! Memang terbaik la! :P
Sesi belajar cheers diteruskan lagi sebelum kitorang semua dibenarkan tidur.
Third day di UM : Best! Nervous jugak sebab esok nak bertanding dah!

- 7 September 2011 -
Yeahhh! Hari ni kena bersemangat sebab dah nak bertanding!
Tapi habis hilang mood aku bila bangun tidur je macam xdek suara! T_T
Camne nak menyanyi? Huhuhu..
Aktiviti pagi lepas solat subuh spt biasa la. Senaman dan latihan cheers!
After that again semua freshies kena pergi DTC. Tapi aku dapat pengecualian lagi!
Hahaha! Peserta kesenian dikecualikan lagi drpd menyertai aktiviti di DTC.
Kami harus practice lagi! Practice makes perfect okay! :P
Petang tu kena pergi fakulti.
Then dapat berita yg boleh buat nenek tua pun melompat-lompat sebab terkejut!
Kitorang ada English Placement Test. Dan aku kena cepat2 siap sebab ada pertandingan nyanyian lagu raya! Damn!
Aku jawab exam tu cincai2 then aku cepat2 tinggalkan fakulti! Sedih aku sebab exam English pun xboleh nak jawab betul2! :P
Lepas tu mmg kelam kabut la! Sampai je kolej terus bersiap dan menuju ke kolej jiran iaitu KK2 utk pertandingan lagu raya!
Aku dan sorang lagi peserta wanita from KK1 pun bertanding la dgn bersungguh2 pada petang yg indah itu! Hahaha! XD
Tapi xdapat tunggu results sebab kena balik awal ke kolej. Ada acara penting pada malam tu iaitu sesi Malam Bersama Alumni & Profesor. Forum yg pada pandangan aku sgt berguna dan menarik! :D
Malam tu jugak aku atau boleh dikatakan kitorang semua yg bertanding ptg tadi dikejutkan dgn berita yg sgt menyedihkan!
Berita tersebut adalah :
Pertandingan Manifestasi Puisi : ASTAR JOHAN!
Pertandingan Nyanyian Lagu Raya Lelaki : ASTAR (Aku!) JOHAN!
Pertandingan Nyanyian Lagu Raya Perempuan : ASTAR NAIB JOHAN!
Pertandingan Nyanyian Lagu Inggeris Lelaki : ASTAR JOHAN!
Pertandingan Nyanyian Lagu Inggeris Perempuan : ASTAR NAIB JOHAN!
Terkejut dan sedih tak berita ni? Muahahaha! :P
Sebab menang besar punya pasal, kitorang semua dpt cheers pujian from semua PM! Yeehaaaa! :D
Pastu kena belajar cheers baru lagi sebab nanti nak sorak time kitorang perform masa malam penutup! Hahaha!
Fourth day in UM : Happy gila sebab menang! :D

- 8 September 2011 -
Hari kedua terakhir sebelum MHS berakhir. Aku enjoy MHS sepenuhnya.
Seperti biasa, slot waktu pagi diisi dgn senaman dan latihan cheers.
Then kitorang bergerak ke DTC utk taklimat SUKSIS,PALAPES,MPMUM.
Petang kitorang kena pergi fakulti mcam biasa.
Lepas tu, ada slot sukan. Tapi nak mengulat punya pasal, aku pilih untuk jadi penyokong dlm pertandingan sketsa! ASTAR jadi tuan rumah uolssss!
Sebelah malam kitorang ada LDK3. Masa ni setiap group yg mewakili kaum2 di Malaysia kena present kostum, 10 perkataan dlm loghat masing2 dan persembahan kebudyaan yg melambangkan kaum yg diwakili. Syok gila time ni sebab semua freshie dalam ASTAR kreatif gila! :D
Then sekali lagi, ASTAR menerima banyak berita gembira! Hahaha!
Untuk Pertandingan Koir : ASTAR JOHAN!
Pertandingan Sketsa : ASTAR JOHAN!
Pertandingan Nasyid : ASTAR TEMPAT KE-3!
Yang paling penting!
ASTAR JOHAN KESELURUHAN ACARA KESENIAN MHS UM!
Kitorang dah cipta sejarah tersendiri untuk ASTAR!
Semuanya utk PM2 yg dah bertungkus lumus utk kitorang! :D
Memandangkan byk sgt kitorang menang, bertambah la koleksi cheers yg kitorang kena belajar! XD
Fifth day in UM : Oh God! Tak nak MHS ni berakhir! :'(

- 9 September 2011 -
Hari terakhir MHS UM. Sedih.
Kali terakhir kitorang berkumpul beramai2 buat senaman pagi!
Then kitorang semua ke DTC utk forum bersama pemimpin.
Memandangkan hari ni hari jumaat so xdek la kitorang ke fakulti.
Sebelah petang, semua pemenang acara kesenian ada latihan atau raptai di DTC utk persembahan pada malam penutup. Aku pun terlibat la nampak gayanya! Hehehe! :P
Selesai raptai, kitorang bergegas balik ke kolej utk bersiap.
Malam ni merupakan Malam Penutup MHS di DTC.
Malam ni milik ASTAR!
Acara pada malam tu seperti ucapan drpda Timbalan Naib Canselor, acara penyampaian hadiah, persembahan cheers antara kolej2 kediaman dan yg paling penting persembahan oleh juara2 acara kesenian yg majoritinya ASTAR conquered! Yeahhh! ASTAR menjadi johan dalam 5 daripada 8 acara yg dipertandingkan! ASTAR juara keseluruhan!
Persembahan2 kami memang menggamatkan DTC! Dan yg paling aku suka ialah masa persembahan aku! (Syok sendiri!)
Daripada pentas yg gah tu, aku dapat lihat semua ASTARIANS enjoy, menyokong, dan menghasilkan crowd yg terbaik dalam sejarah hidup aku! Even semua freshies drpd kolej2 lain pun nyanyi sama2 dgn aku! Rasa macam retis yg glamor gitu! Hehehe! :P
Malam tu terbukti milik ASTAR! :D
Persembahan Johan Manifestasi Puisi - ASTAR ( KK1 )
Persembahan Johan Nyanyian Lagu Inggeris Lelaki - ASTAR
Persembahan Johan Nyanyian Lagu Inggeris Wanita - KK5
Persembahan Johan Sketsa - ASTAR
Persembahan Johan Koir - ASTAR
Persembahan Johan Nyanyian Lagu Raya Lelaki - ASTAR ( Hebat ouhh persembahan ni! Paling mantap la! :P )
Persembahan Johan Nyanyian Lagu Raya Wanita - KK3
Persembahan Johan Nasyid - KK12
Tapi xhabis lagi! Lepas acara penutup tamat, kitorang semua balik ke kolej.
Kat situ kitorg dimaklumkan bahawa terdapat pelajar yg mengadu kepada HEP ttg MHS. PM2 semua sedih sebab TNC nak berjumpa dan for sure diorang semua kena marah. Hah! Masa ni lah PM Sharif(Azrul) berdrama sebab sedih dgn kitorang sampai ada freshie menangis! Last2 rupanya semua PM nak surprise kitorang melalui mandikan kitorang dgn air + tepung! Tipah tertipu uolssss! Perghhhh! Memang semua kena mandi dgn air + tepung la! Hahaha! Walaupun mula2 aku xnak tp actually bila dah kena seronok la! Itu tradisi ASTAR. Semua pelajar baru akan dilakukan sebegitu pada malam terakhir minggu orientasi! Itu tanda lepas ni kami semua bukan lagi freshie tp dah jadi keluarga ASTAR! Malam tu pukul 4 aku tidur. Sebab nak basuh baju semua! Tapi aku xkisah! Sebab ini malam terakhir MHS. Malam terakhir kami bersama2 PM dan freshie yg lain. Lepas ni kami xkan berjumpa dgn MHS lagi dah! Sedih! T_T
Sixth day in UM : I love UM. I love ASTAR! :D

MHS sudah berakhir. Tapi sampai sekarang dan insyaAllah sampai bila2 pun aku x akan lupakan MHS, PM2 dan semua aktiviti dlm MHS!
PM2 ASTAR the best! Lap uolsss lahh! :P
Ada : Ayish, Kimi, Azrul, Emeer, Wawa, Tiza, Tiffany, Yan, Li Ping, Finaz, Yatie, Monica, Lim Yong Thye, Maizura, Chew Huey, Sylvia, RoseAnna, Sky, Karishma, Fifi, Cheng Lei Hoo, Fatin, Pei Ting, Najib, Kim Hung, Miejah, Tan Yen Shi, Farahin, Ira, dan Yun Chong. Sorry kalau ada yg nama xbetul! :P
PM2 Sentral juga banyak main peranan dlm melaksanakan MHS ni! Thanx jugak to PM Sentral! :D

Aku sebenarnya malas nak upload picture dlm blog sebab internet tgh slow, so aku cadangkan korang LIKE this page : Minggu Haluan Siswa UM 2011/2012.
Klik pada bahagian foto yg ada kat page ni!
Kat sini ada macam2 foto semasa MHS di UM! Foto aku pun ada tau! Glamor aku satu UM! Bhahaha!

Dan begitulah kisah MHS dalam sejarah hidup aku mengikut perspektif aku! Mungkin penilaian org terhadap MHS xsama seperti aku! Tapi aku suka sgt2 akan MHS! Kalau boleh nak MHS sekali lagi!
Sebab aku cuma dapat MHS sekali seumur hidup aku! Lepas ni kalau ada pun maybe as PM! Hahaha! Ntah la aku mampu jadi PM ke x? Ko mampu? :P


P/S : I love MHS UM 2011/2012 forever! :D


Komen Banyak2 Kalau Korang Cantik/Handsome! Hehe! ;D

Friday, 2 September 2011

Ipoh Sentiasa Di Hati!



Assalamualaikum. Salam sejahtera.
*Mood : Sedih*

20 tahun. Bukan suatu jangka masa yang singkat.
Dari sebesar tapak tangan hinggalah sekarang dah besar gajah!
Dari bengap sikit2 sampailah sekarang ni bengap banyak2!
Terlalu cepat masa berlalu..
Kenangan? Usah ditanya! Infiniti jumlahnya! Memang tak tercapai akalmu bak kata Elyana!
Baik kenangan indah yg buat airmata menitis mahupun kenangan kurang indah yg buat mulut menyumpah, semuanya abadi dalam kotak fikiran aku!
Keluarga, teman2 rapat.. Semuanya bakal aku tinggalkan!
Di saat menaip entri ini, jiwa terseksa fikiran berkecamuk memikirkan hari mendatang setelah meninggalkan semua yang ada!
Esok, andai menunggu esok itu memakan waktu selama 3 tahun, aku sanggup!
Kerana apa? Kerana esok menjadi detik pemisah yang memisahkan aku dengan tanah tumpahnya darahku    Ipoh, Perak.
Belum puas rasanya berada di Ipoh, Perak. Mana tak puasnya, selama aku di Perak aku cuma reti duk kat umah je. Tak pernah merasa dapat explore Perak. Tup tup sedar2 dah kena berambus ke Kuala Lumpur!
Yes! Esok aku akan berangkat ke KL meninggalkan Perak selama 4 tahun. Balik pun bila ada cuti je!
Oh tidak! Im so not ready for all this!
Muka masa mula2 duk kat KL nanti! #foreveralone
Ok cukup2 lah nak bermelankolik malam2 buta camni.
Bila difikir2kan balik, sampai bila nak jadi tenuk katak di bawah tempurung kan?
Aku kena buka mata, buka fikiran untuk terima masuk dunia baru dalam hidup aku! 
Meninggalkan Perak tak bermaksud melupakan Perak terus. Perak tetap asal usul aku! Tak mungkin aku sisih jauh2.
So, tata titi tutu Perak! KL, here I come! Yeeehaaaaa!
Siap la kau KL! I'm ready to rock on! Bring it on! 
Oh yeah, lepas ni aku akan jadi orang KL, so aku guna I, You sebagai kata ganti nama diri tau! Apa barang guna "aku"! So village! So lets change it! Kau sanggup? Hahaha! *Just joking* :P
Sebelum terlupa juga, aku nak wish korang semua selaku pembaca blog aku yg menjadi buah hati aku(ayat artis okayy!) something special!
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI! MAAF ZAHIR BATIN KALAU2 ADA MANA2 ENTRI AKU DLM BLOG NI YG BUAT KORANG TERSENTAP MAHUPUN TERPUTUS WAYAR2 DALAMAN SEHINGGA KEMURUNGAN BERBULAN-BULAN LAMANYA! :P
Nah kad special drpd aku menampilkan my lovely niece - Natasya Adriana. :)


P/S : Selamat datang KL! Ipoh sentiasa di hatiku! Muah muah muah! Tengok2 lepas duk KL, aku terus lupa daratan! Kau mampu? :P


Komen Banyak2 Kalau Korang Cantik/Handsome! Hehe! ;D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...