Definisi Sekolah Remaja Masa Kini!

23 comments


Assalamualaikum! Salam sejahtera!
Fuhhh lama jugak aku x update blog ni!
Takde story nak cover sebenarnya! Hehehe!
Tapi di petang yg hening ni (hening ke?), aku terpanggil nak update blog ni!
Semuanya setelah aku terbaca News Feed di Facebook aku!

Ok! Aku nak tanya korang semua pembaca yg dikasihi.
Apa maksud SEKOLAH bagi korang?

Menurut Wikipedia :
Sekolah (daripada Bahasa Greek σχολεῖον - scholeion) merupakan sebuah bangunan atau tempat yang berfungsi untuk memberikan ilmu kepada pelajar, yang merujuk sesiapa yang belajar di situ. Struktur sekolah moden mungkin dilengkapi dengan kemudahan teknologi maklumat (IT) atau sekadar bilik darjah sahaja. Selain itu, sekolah biasanya mempunyai beberapa tenaga pengajar atau guru untuk mendidik dan membimbing pelajar. Namun demikian, sekolah tidak semestinya bangunan yang lain dari rumah seseorang. Misalnya di Amerika Syarikat, seseorang itu tidak semestinya belajar di sekolah kerana pelajar tersebut boleh belajar di rumah. Kaedah ini juga dikenali sebagai home-schoolingKebanyakan negara mempunyai sistem pendidikan formal, yang biasanya wajib. Dalam sistem ini, pelajar bergerak melalui beberapa siri sekolah. Nama sekolah-sekolah ini berbeza di setiap negara, tetapi secara umumnya, sekolah rendah dan sekolah menengah yang masing-masing dikhaskan untuk kanak-kanak kecil dan remaja yang sudah tamat pendidikan rendah, disenaraikan. Biasanya seorang itu akan melalui beberapa jenis sekolah dan institusi pendidikan bermula dari tadikasekolah rendahsekolah menengah dan akhirnya ke universiti.

Ok! Itu pengertian baik punya drpd Wikipedia!
Tapi berdasarkan pemerhatian aku dua tiga menjak ni, remaja masa kini punya takrif mereka sendiri tentang sekolah yg sememangnya dah jauh melencong!
Antaranya :

#1
Sekolah Tempat Mereka Berpacaran
OMG! Korang gila la kalau ke sekolah semata2 nak cari awek atau pakwe!
Serius la! Aku geli tau tengok budak satu sekolah couple2!
Apa lagi kalau satu kelas! Lagi la menyampah!
Pastu mula la post kat facebook sayang2 bagai! Geli tau tak!
Personally, sekolah bagi aku bukan tempat nak berasmaradana!
Nak bercinta sekali pun tunggu la bila dah masuk universiti!
Sebab apa aku ckp camtu?
Sebab kat universiti nanti lagi banyak pilihan! Hahaha! Kat sekolah apa ada! :P
Bila dah bercinta kat sekolah, mula la x fokus dlm kelas! Last2 ke laut la jawabnya pelajaran korang tu!
Lebih memalukan bila dah jadi cam kes kat bawah ni!
Credits to : unwanted86.blogspot.com for photo!
Ishh xdek rasa malu ke? Nak tunggu perut dah berisi baru nak malu?
So, fikir2kan! Orang ke sekolah belajar! Bukan bercintan-cintun!

#2
Sekolah Tempat Mereka Lepaskan Gian
Hahaha! Kes sebegini memang banyak la!
Gian apa? Gian merokok la! Gian apa lagi! Xkan gian dadah plak?
Ada ke yg hisap dadah kat sekolah? Huhuhu!
Ni satu lagi kes yg xberapa nak cerdik!
Terang2 dah kat sekolah ada papan tanda Dilarang Merokok tapi still merokok!
Apa dalam kepala korang huh? Simple instruction pun failed to obey!
Oh please! Merokok membahayakan kesihatan!
Tunggu cukup umur baru start merokok boleh?

#3
Sekolah Tempat Mereka Bersuka-Ria Dan Bergosip
Ok! Nak bersuka ria dan bergosip di sekolah xsalah!
Tapi jangan la sampai ponteng kelas semata2 nak pergi bersembang!
Pastu fikir2kan juga dosa mengumpat tu! Kalau buat fitnah memang berdosa besar!

#4
Sekolah Tempat Mereka Mengasah Kekuatan
Hah! Ni satu lagi masalah!
Orang pergi sekolah menuntut ilmu, diorang pergi sekolah nak tunjuk kuat!
Pastu buat geng itu geng ini.. Mengalahkan kongsi gelap!
Buli-membuli memang hobi diorang la! Latihan fizikal la katakan!
Ingatkan lelaki je rupa2nya pompuan pun ada!
Hah! Bila dah ada yg mati kena pukul tau plak takut kena tangkap!
Mana pergi keberanian tu? Haishhh.. Lawak lah! :P

#5
Sekolah? Depan Parents Pergi Sekolah, Belakang Parents Pergi Merayau2!
Hah! Golongan remaja sebegini juga memang dah ramai!
Parents hantar diorang sampai depan pintu sekolah tapi lepas parents blah diorang pun sepantas kilat pergi melencong ke shopping complex la, pusat games la, cyber cafe la, jumpa awek/pakwe la!
Besar tau dosa korang menipu parents korang!
Kalau nak melencong pun buat la selepas waktu sekolah!

#6
Sekolah Tempat Mereka Belajar & Memajukan Diri
Ok! Yang last ni mesti yg positif la!
Golongan remaja ni memanfaatkan sekolah sebaik mungkin!
Diorang dtg ke sekolah dgn niat yg betul iaitu utk menimba ilmu dan memajukan diri.
Mungkin diorg x perfect dari segi intelligence ataupun behaviour tapi diorang ke sekolah atas tujuan yg betul!
Belajar, berkawan, bersukan dan lain2 yg positif la!
Pendek kata, golongan remaja ni xpernah la terjebak dalam masalah2 sosial! :D

So, rasa2nya korang ni dalam golongan remaja yg mana?
Tepuk dada tanya selera la ye! :)
Btw, ini sekolah aku! Cantik tau! :P
Ok! Bubye!


P/S : Yang pasti, kalau betul niat korang ke sekolah pasti Allah akan balas dengan sesuatu yg baik jugak!

UPDATE : Kalau tanya aku, aku mengaku aku pernah jadi golongan remaja #3 tu!
Hahaha pergi bersembang sampai ponteng kelas Add Maths & Sejarah masa Form5 dulu!
Tapi lepas tu aku okay je masa Form 6! Hahaha! :P

23 ketul pendapat bernas:

nuyuEna said... [ REPLY ]

sekolah bagi saya tempat cari ilmu je..x sempat fikir lain kot.

azwa amani said... [ REPLY ]

keians kat cikgu2.. dah tak dapat nak mendidik mcm guru2 waktu dulu

azwa amani said... [ REPLY ]

keians kat cikgu2.. dah tak dapat nak mendidik mcm guru2 waktu dulu

syAzAnA said... [ REPLY ]

sekolah dah xmacam sekolah dahh.

T____T

Ronda-ronda KL part 2 (7th Mufiin dan Sekinchan Ikan Bakar)

syfq ahir said... [ REPLY ]

weh..num 3 tu bole buang tak? hahaha!

sape tah bsembang sampai ponteng klas..hahax, =P

Shahrul Izwan said... [ REPLY ]

@nuyuEna : baguslah kalau camtu! :D

Shahrul Izwan said... [ REPLY ]

@azwa amani : tu la pasal! student skrg jauh bezanya dgn student dulu2! :D

Shahrul Izwan said... [ REPLY ]

@syAzAnA : hahaha! kalau dah xmacam skolah, macam apa ek? :D

Shahrul Izwan said... [ REPLY ]

@syfq ahir : hahaha! tu fakta! mana leh buang! sebab aku dulu masa form5 pun camtu apa? bersembang sampai ponteng kelas! hahaha! :P

Hans said... [ REPLY ]

aku buat no 3 dengan no 6 jer
hehehehe
no 3 best
hahahhaha

Juvana Episod 11

Shahrul Izwan said... [ REPLY ]

@Hans: hehe sama la! #3 tu memang syok sgt2! :D

syfq ahir said... [ REPLY ]

HAHAHA..ada update ! =P

Shahrul Izwan said... [ REPLY ]

@syfq ahir : haha mesti ada! tertinggal semalam.. kalau x tulis nanti org ingat aku ni baik sgt! pdhal sama je! hahaha! :P

Hans said... [ REPLY ]

hahahaha
tahu xper
hari2 aku buat dkt sekolah dlu
tapi bukanlah gossip2 macam ahli mesyuarat tingkap
gossip2 pasal warden
hahahahahha

Ukur Baju Di Badan Sendiri

Adam Roslan said... [ REPLY ]

Sekolah lagi best dari Universiti. Keh keh.

Innity Ambil Kisah Iklannya

Shahrul Izwan said... [ REPLY ]

@Hans: hahaha ouhh gossip pasal warden! awak skolah asrama ek dulu? :D

Shahrul Izwan said... [ REPLY ]

@Adam Roslan : setuju! sekolah mmg jauh lebih best drpd universiti! :D

ayie said... [ REPLY ]

pelik la..zaman teknologi ni..banyak sangat kes2 masalah remaja kat surat khabar.. kita dulu takde la teruk sangat..huhu..lebih3 lagi kes buli

Nur Ayuni said... [ REPLY ]

sokong sangat! tapi kan , kalau diikutkan, budak zaman dulu xda yang berani nak wat masalah. zaman sekrang macam2. tak takut ke apa eh. tak tahu nak gambarkan. dan sekolah yang pasti untuk mencari ilmu. bukan hanya ilmu dalam buku, ilmu kehidupan sekali.

amboi, promote sekolah nampak.hehe..:)

Shahrul Izwan said... [ REPLY ]

@ayie: yup setuju.. skrg ni budak2 sekolah rendah pun dah teruk.. ada yg dah berani merokok dll!

kes buli mmg paling banyak sekali la! :)

Shahrul Izwan said... [ REPLY ]

@Nur Ayuni : thanx! memang la..budak zaman dulu xdeknya berani nak buat hal2 yg melampaui batas ni!

btw, i loike ur statement yg sekolah bukan hanya tmpat mncari ilmu dlm buku tp ilmu kehidupan sekali!

hehe bila lagi kan nk promote skolah! :D

sniffa93_aznil4eva said... [ REPLY ]

betul3:)
skarang ni budak skolah rendah pun dah advance terlebih.. apatah lagi budak2 skolah menengah.

Shahrul Izwan said... [ REPLY ]

@sniffa93_aznil4eva : tau xpek! budak sekolah rendah pun dah ramai yg parah.. tu yg bila naik menengah semakin mnjadi2 tu! huhu.. :)