Assalamualaikum. Salam sejahtera!
Sedar tak sedar dah berzaman aku x update blog ni!
Sarang tikus, sarang labah2, sarang dinosaur semua ada dalam blog aku ni!
Ehee! :P
Memandangkan skrg tgh holiday uolssss, maka aku dengan riang gumbiranya terlompat sana sini hip hip hooray meng-update blog aku ni!
Sebenarnya dalam entry aku kali ni, aku juz nak sembang pasal apa yg berlaku dalam hidup aku sampai xdek masa nak update blog sendiri uolsss!
Semuanya bermula dengan imbuhan Ke-! Hah! :P
KE-SIBUK-AN
Aku sibuk, bertambah sibuk, semakin sibuk, tersibuk sekali!
Hahahaha!
Sibuk di sini bukan bermaksud sibuk nak jaga tepi kain orang okay! Tepi kain sendiri pun aku xpernah nak jaga xkan la aku nak jaga tepi kain orang kan? *ok aku dah start merepek*
Aku sekarang sibuk uolsss menguruskan my new babies!
Nama baby2 aku seperti TORT, FAMILY LAW, LEGAL METHODS, CONTRACT LAW dan LAW & SOCIETY!
Nama baby2 aku mmg sangat sedap didengar dan disebut! Kalau difikir plak boleh dpt migraine! *ok aku merepek lagi* :P
Kerja2 tutorial yg byk ditambah dgn jadual yg padat betul2 buat aku sibuk mengalahkan ADUN Kampung Pisang. Sebab tu lah blog aku ni terabai. :P
KE-PENAT-AN
Penat! Mesti korang ingat aku penat sbb banyak bersukan kan?
Choiii! Muka aku nak bersukan? Hahaha! Memang tak la!
Aku penat sebab banyak benda yang aku kena buat dalam satu2 masa tertentu!
Especially penat nak menjawab soalan tutorial! Bhahaha! :P
KE-MALAS-AN
Bila dah sibuk dan penat, mula la rasa malas!
Malas ni ubat dia tidur je!
Sebab tu kalau aku nak tidur aku akan baca buku law, konfirm aku akan tidur nyenyak secara automatik!
Sampai blog pun aku dah x heran bila aku dah tidur! Hahaha!
KE-GEMBIRA-AN
Sungguhpun begitu (hehehe skema rasanya guna penanda wacana) aku juga gembira sebenarnya menjalani kehidupan aku skrg ni!
Walaupun sibuk dengan lecture dan tutorial yg sgt memeningkan kepala, aku bersyukur sebab adanya keluarga yg sentiasa menyokong, kawan2 yang sentiasa ceriakan hidup aku!
Tambah pulak ada kwn2 yang hot2 & comel2 belaka! Tergoda uolsss! :P
Kehidupan kat kolej pun sangat best. Aktiviti2 kolej sedikit sebanyak buat aku lupa akan masalah berkaitan pelajaran. Love itttt! :)
KE-RISAU-AN
Part ni memang aku benci!
Skrg ni cuti. Lepas habis cuti deepavali ni, berduyun2 la datang test dan quiz dgn carry marks!
Aku risau ni! Risau kalau2 aku xdapat nak jawab ke, xdapat nak score ke!
Carry marks sgt penting! Kalau aku xdapat score carry marks tu, miscarriage la aku nampak gayanya! Hahaha! :P
Lepas tu ada masalah lagi besar yg aku asyik risaukan!
Aku risau kalau2 aku xdpt survive law school. Sebab aku mengaku kat sini mmg sgt2 susah dan xsama dengan style masa form 6 dulu! Sampai aku tercirit2 nak cuba fahamkan apa yg aku belajar! Ehee! :P
Hurmm.. Risaulah! :(
KE-HIDUP-AN
Dan sesungguhnya, memang inilah realitinya kehidupan seorang manusia yang bergelar pelajar.
Sentiasa sibuk. Walaupun penat tp tak pernah dapat rehat secukupnya. Sentiasa diuji dengan rasa malas. Namun terselit juga detik2 penuh kegembiraan yg xmungkin aku lupakan. Risau. Hah! Mungkin inilah masalah terbesar aku! Paranoid. Tapi inilah kehidupan yang aku pilih. Kehidupan sebagai pelajar di UM Law School. Cabarannya terlalu menggunung ditambah dengan harapan yg disandarkan ke atas bahu aku, semuanya cukup merisaukan aku. Tapi ya, itulah kehidupan. Mana ada kehidupan yang jalannya lurus. Jadi aku perlu belajar drift supaya xdek la terlajak time nak belok kanss? :P
Dan yang akhir sekali,
Imbuhan Ke- penuh kenikmatan!
KE-KENTUT-AN
Untunglaaaaa kentut keluar api!
Hahahaha!
:P
P/S : Nampak sangat otak aku dah berkarat. Merepek je lebih. :P









7 ketul pendapat bernas:
hahahha..all da best nnti ble dapat carry mark sume.takut woo...huhuhu..:)
sibuk-penat-gembira-risau-hidup.................akhir sekali kentut haha sengal gile..kentut berfire lg..cayala
Apa impian dan harapan 5 tahun lg?
jadi ler byk imbuhan..
xD
dari tak ada..
ahaa
lucks..
all the best taw shahrul! chaiyokkkkkk!
haha tak sangka pulak kentut pun ada imbuhan !
amboii, kentut keluar api tuu ~
haha all the best ! :D
banyak sungguh ke-ke-ke-ke
Post a Comment